top of page

TIDAK MUDAH



PUTRAJAYA : Status kewarganegaraan adalah nikmat yang sentiasa diambil enteng oleh rakyat asal Malaysia. Jika di tafsirkan secara lazimnya, dengan adanya status ini banyak kelebihan yang boleh diperolehi dengan hanya wujudnya kad identiti. Terdapat lebih daripada 10,000 permohonan kewarganegaraan yang dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Negara dan seterusnya diproses oleh Kementerian Dalam Negeri setiap tahun. Permohonan ini terbahagi kepada beberapa seksyen mengikut kriteria permohonan tersebut. Pada akhirnya permohonan ini adalah keputusan sama ada orang tersebut layak atau tidak untuk menyandang status warga negara Malaysia. Permohonan ini pada kebiasaannya memakan masa lebih daripada 5 tahun, bergantung kepada kelengkapan dokumen yang dihantar. Benar, ianya bukanlah suatu proses yang mudah kerana pemberian status ini kepada orang asing di ibaratkan sebagai mempersilakan musuh untuk mendiami rumah yang dijaga dengan rapi. Tanpa rekod jenayah, mempunyai sijil lahir yang sah dan kepastian ibu bapa pemohon, salah satu atau kedua-duanya, mempunyai kerakyatan warga Malaysia yang sah merupakan beberapa aspek penting dalam pemilihan secara profesional oleh pegawai-pegawai kementerian yang bertugas. Selain itu, perlindungan yang penuh oleh sesebuah negara kepada rakyatnya walaupun seorang warganegara tersebut berada diluar kawasan tanah asalnya. Itu juga merupakam asbab kenapa kebanyakan pemohon menggesa pihak berwajib untuk mempercepatkan proses ini demi kelancaran mereka untuk menetap atau bekerja diluar negara mahupun hanya ingin mengerjakan ibadah.

Comments


bottom of page