BANGKOK: Home School merupakan sebuah drama bersiri keluaran Thailand yang sedang hangat diperkatakan dikalangan generasi yang muda. Drama yang mempunyai 18 episod dan hanya sahaja 8 episod baru ditayangkan, mengisahkan tetang beberapa anak keluarga ternama dimasukkan ke satu sekolah berasrama yang jauh terletak didalam hutan belantara. Segala alat komunikasi mereka juga dirampas dan tidak didedahkan dengan dunia luar bahkan sedikitpun. Personaliti yang ditonjolkan bagi setiap watak semua adalah berbeza mengikut masalah yang mereka hadapi bersama kedua orang tua. Maki, seorang anak yatim yang kehilangan abang kandungnya Run mula untuk membongkar rahsia sekolah tersebut setelah hampir beberapa tahun abangnya tidak pulang ke rumah tumpangan tersebut walhal sesi persekolahan tersebut hanyalah 3 tahun. Maki dan Tibet merupakan pelajar biasiswa, berlainan dengan anak-anak Gen6 yang lain, mereka mempunyai sikap yang lebih rasional dan tahu berdikari manakala pelajar yang lain lebih kepada tidak mampu membiasakan diri dengan situasi yang baharu. Sekolah ini sudah tentunya menyimpan rahsia yang besar, boleh dilihat dengan cara mereka memberikan penalti atau hukuman terhadap pelajar yang melanggar peraturan atau tidak mampu untuk menyelesaikan sebarang tugas yang diarahkan oleh Master atau guru. Bukan itu sahaja, penggunaan dadah juga disalahgunakan kepada pelajar dengan alasan untuk mendisiplinkan pelajar. Persoalannya adalah, adakah Run masih dikurung oleh pihak Home School dan atas alasan apa mereka bertindak sedemikian? Apa juga motif orang-orang ternama menghantar anak mereka ke sekolah yang tidak ubah seperti penjara? Apakah matlamat Home School yang ingin mereka capai sehingga sanggup mendera dan menyiksa kesihatan mental generasi muda juga menjadi tanda tanya yang akan terungkai pada episod terakhir drama bersiri ini.
top of page
bottom of page
Comments