SERDANG: QKB2104 merupakan Kursus Kukurikulum Berkredit atau KKB iaitu Kelas Vokal Asas yang mengajarkan mahasiswa berkenaan asas koir berirama. Pada asalnya, aku kurang meminati kursus seprti ini dan ingin menceburi bidang yang lain namun sahabat rapatku mengajak hampir seluruh kelas untuk memasuki kursus tersebut, dengan harapan bahawa kursus ini mudah. Ternyata tidak, kursus ini menekankan teori muzik dan cara pernafasan yang terbaik bagi dapat mengeluarkan bunyi yang sama oktafnya. Uncle dan Signor adalah gelaran fasilitator kursus ini memadangkan kami menggabungkan 2 kumpulan besar. Fasilitator yang terbaik diantara yang terbaik kerana kelakuan mereka, layanan mereka kepada pelajar-pelajar membuatkan aku berasa selesa berinteraksi dengan mereka. Tidaklah menjadi kesukaran untuk aku mengharapkan nilai yang cemerlang bagi kursus QKB2104. Setelah berginjak ke minggu 10 dimana kebanyakkan KKB akan menjalankan beberapa acara bagi penilaian akhir mereka kerana KKB tidak akan ada ujian bertulis seperti mana kursus-kursus yang biasa. Kami juga tidak terkecuali dan semestinya kami meracangkan program yang berkaitan iaitu Voce in Harmony@PKPP, sebuah program yang menekankan koir berirama dan menyelitkan juga beberapa hiburan lain seperti bernyanyi solo, duet dan beradu duet nyanyian opera. Program ini hampir tidak berjaya diatas kontroversi pada ketika itu dimana Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) meletakkan beberapa pra-syarat jika hiburan muzik ingin diadakan. Progam concerto ini ternyata mendapat sambutan yang meriah, luar dan dalam kampus.
top of page
bottom of page
Comments