CYBERJAYA: Tanggal tepat 29 Jun 2023, Hari Raya Aidil Adha disambut begitu meriah mengikut adat, tradisi atau cara tersendiri tergantung keatas keluarga masing-masing . Keluargaku juga tidak terkecuali, mempunyai 11 ahli keluarga termasuk anak-anak saudara membuatkan ayahku mencadangkan untuk menggantikan potret keluarga yang sudah berusia tepat 10 tahun. Sebagai seorang jurugambar profesional, abang sulungku yang ditugaskan untuk membuat tempahan slot dimana-mana studio maka Lawa Studio lah yang menjadi destinasi kami. Tempatnya yang tersembunyi disebalik kehijauan bangunan Tamarind Square menambahkan lagi suasana yang tenang para pengunjung yang hadir. Apa yang menariknya studio ini adalah mereka sangatlah family friendly dimana jurugambar sentiasa membantu ahli keluarga untuk memastikan generasi kecil memberi perhatian mereka kepada kamera. Selain daripada servis mereka yang bagus, kualiti gambar sangat memuaskan. Sungguh berbaloi!
top of page
bottom of page
Comments