PUTRAJAYA: Meluncur ais bukanlah kepakaran yang aku impikan boleh menjadi bakat terpendam suatu hari nanti namun takdir berkata lain. Pusat membeli-belah terbesar di Malaysia, IOI City Mall, Putrajaya mula dibuka pada tahun 2018 di mana usiaku belum mencecah 17 tahun. Seiring dengan pembukaannya, Ice Escape, sebuah gelangang ais dibuka bagi orang awam mencuba sendiri permainan yang julung kali dimainkan atas faktor klimaks di Malaysia yang tidak menawarkan empat musim. Gelanggang ini sebenarnya gelanggan ais kedua selepas dibuka di Sunway Pyramid namun pun begitu, keluasan Ice Escape lebih besar saiznya. Pada awalnya aku cuma mempunyai keinginan untuk mencuba tanpa sebarang penekanan tetapi ayahku menawarkan untuk membiayai kelas 6 hari selama 2 minggu untuk kami dua beradik dengan alasan mengisi masa lapang pada cuti sekolah akhir tahun. Pertama kali masuk, sememangnya jatuh dan menggeletar kaki akibat pengalaman baru yang ternyata asing bagi orang Malaysia. Sudah hampir lebih 5 tahun bermain, kini aku boleh meluncur ais tanpa jatuh malah mampu untuk mengajar orang yang pertama kali ingin mencuba sukan ekstrim ini. Infinity Skill, Reverse Skate dan Figure 8 merupakan kemahiran yang aku gemari dan sudah tentu aku masih lagi belajar kemahiran baru iaitu One Spin. Kemahiran ini menekankan pusat graviti pada kaki dominan peluncur untuk terus berada disatu tempat, berputar tanpa bergerak seinci dari tempat asal. One Spin dikenali juga sebagai kemahiran asas bagi peluncur ais profesional.
top of page
bottom of page
Comentarios