JAKARTA : Malam mula menjelma dan perut sudah minta untuk diisikan. Malam terakhir sebelum berangkat pulang ke tanah air, aku dan Kak ira menjelajah ke salah sebuah mall terkenal di bandar itu, Lotte Mall. Niat asal adalah untuk membeli botol tahan sejuk keluaran Starbucks Jakarta yang dipesan oleh pensyarahku. Setelah selesai pemilihan botol tersebut dan membuat pembayaran, kami berasa teruja untuk pertama kali merasai panggung wayang bergambar, pawagam atau dalam Bahasa Indonesianya adalah bioskop namun cerita yang ditayangkan gagal menarik perhatian kami. Pusat membeli belah ini boleh dikatakan besar juga kerana ada pelbagai tarikan menarik seperti auditorium bersalji. Puas kami mencuci mata melihat pakaian dan beg berjenama, Remboelan Restoran menjadi tempat santapan. Apa yang mencuri perhatian aku adalah reka bentuk dalaman dan pemakaian rasmi para pelayan restoran yang mengekalkan konsep bali. Nasi Bakar Ayam Asap dan Es Lidah Buaya Kemayoran sudah diputuskan untuk menjadi pengisi tenaga aku untuk menempoh dua jam penerbangan dari Soekarno Hatta International Airport pulang ke Malaysia, tanah air tercinta. Hanya Rp. 202,000.00 sahaja jumlah makanan kami dan jika diikutkan, harga makanan di Indonesia lebih murah berbanding di negara sendiri. Cukup banyak pengalaman aku disini, walaupun hanya 3 hari 2 malam di negara jiran, pelbagai ragam dan karenah penduduk disini membuatkan aku tidak berasa janggal.
top of page
bottom of page
Comments