JAKARTA : Makanan ini dinamakan Pempek, makanan tradisional orang Sumatera Selatan. Jumlah harga satu hidangan ini boleh mencecah Rp. 30,000.00 bersamaan dengan RM9.40. Jujur, untuk hidangan sesikit ini, bagi aku ianya mahal namun demi memuaskan nafsu makan dan curiga yang besar, aku relakan sahaja. Rasanya tidak lebih, tidak kurang seperti maggi rebus dimakan bersama kicap cair manis masin. Dihidangkan bersama beberapa bebola ikan proses dan beberapa ikan tenggiri goreng. Bentuk hidangan sampingan ini tidaklah jauh beza dengan keropok lekor, perbezaanya hanyalah keropok lekor digoreng dan terus dimakan namun kalau ikan tenggiri ini dicelur selepas digoreng. Pelbagai jenis mee boleh dipilih untuk menyesuaikan citarasa penggemar pempek ini. Rasanya yang unik membuatkan aku tidak akan mengulangi hidangan ini lagi. Tetapi menikmati hidangan ini bersama jus strawberi segar sangat direkomendasikan oleh penduduk tempatan apalagi pada cuaca yang panas terik. Ada juga beberapa hidangan yang tidak sempat untuk aku merasainya seperti seblak dan siomay. Akan aku berkunjung lagi ke tanah Jawa ini pada bulan September akan datang.
top of page
bottom of page
Comments