top of page
Search

MIRACLE OF BUKIT UHUD, MADINAH

  • Writer: Fatini Nazifa
    Fatini Nazifa
  • Jul 2, 2023
  • 1 min read


MADINAH: Setelah sampai di kaki Bukit Uhud, mutawwif kumpulan ada menerangkan beberapa sejarah ringkas dan kisah-kisah yang menarik pada zaman peperangan dahulu. Sebenarnya, ini sudah kali kedua di bukit syurga ini, kali pertama pada dua hari yang lepas selepas melawat ladang buah kurma. Pada ketika itu, aku ada ternampak beberapa van penjual aiskrim berderet di tempat meletakkan kenderaan tetapi ketiadaan duit kertas Riyal membuatkan aku putus asa untuk terus berharap. Duit Riyalku sudah habis digunakan oleh ibuku dengan jaminan akan dibayar semula apabila kami tiba di hotel kelak. Walaupun ditawarkan sepuluh Riyal oleh ayahku, aku tetap berkeras untuk membelinya pada kemudian hari dan siapa sangka permintaanku direalisasikan. Secara tiba-tiba, terdapat sebuah van aiskrim berhenti di kaki bukit dan menyerahkan satu aiskrim percuma kepadaku. Salah satu memori indah dan menakjubkan yang sudah tentu sukar untuk dilupakan.

 
 
 

Comments


"Sebuah pesanan ringkas mampu mengubah dunia"

Singgahan anda amatlah dihargai!

© 2023 by Fatini Fauzi. Powered and secured by Wix

bottom of page