top of page

MEE TARIK PASAR SENI

Campuran budaya dalam pergaulan rakyat Malaysia pada hari ini sudah dianggap perkara yang lazim dan biasa, termasuklah dalam bidang industri makanan. Kedai ini mengekalkan konsep budaya Cina yang sangat asli atau authentic membuatkan pelanggan dapat merasai keunikan berada di dalam sebuah kedai makan pelbagai bangsa. Bertempat di Petaling Street, Kuala Lumpur, kedai makanan Cina Muslim ini telah mencuri perhatian warga Malaysia terutama sekali generasi muda. Terpapar sergam indah perkataan Halal di permukaan papan tanda bertona merah saga menarik perhatian penggemar mee tarik beragama islam untuk bertandang ke kedai tersebut. Bukan mee tarik sahaja yang dihidangkan, malahan yang menjadi rebutan umum adalah dumpling goreng yang mampu mengiurkan seluruh rakyat Malaysia. Beratur panjang adalah salah satu perkara yang wajib sekiranya datang ke sini terutama sekali pada waktu genting seperti makan tengah hari. Mengikut salah seorang rakanku yang berbangsa Cina, harga makanan di sini adalah sedikit mahal berbanding kedai makan Cina yang original namun masih lagi harga mampu milik. Terdapat 2 cawangan sama ada disini atau di Bukit Bintang. Tempat ini telah aku dan rakan-rakan tetapkan sebagai Happy Place kami.





Comments


bottom of page