JAKARTA : Pertama kali menjelajah bekas tanah jajahan Belanda ini sepanjang hidupku. Tujuan utama bukanlah ini melawat sambil belajar namun 'travel buddy' aku menukarkan fikiranku pada saat-saat akhir. Awalnya hanya 1 hari tanpa menginap berubah menjadi satu lawatan pendek ke ibu kota Indonesia, Jakarta. Dengan harga tiket penerbangan pergi dan balik hampir mencecah RM600, aku mula mencari inisiatif lain untuk mengurangkan kos penginapan menjadi lebih murah. Honey, sahabat internetku yang membantu dalam mencari tempat istirehat yang sesuai dengan keinginanku; selesa, berdekatan dengan Balai Sarbini dan sudah tentunya harga mampu milik. Cove The day, salah sebuah hotel yang tersembunyi diceruk hiruk-piruk bandar Jakarta ini. Pada mulanya, aku dan Kak ira agak ragu-ragu tentang keberadaan hotel ini namun setelah melepasi bangunan usang, ternyata hotel ini cantik indah kelihatan. Seakan-akan hotel 4 bintang, dari servis pengawal keselamatan hingga ke servis bilik, apa yang aku boleh katakan hampir setaraf 5 bintang. Perkhidmatan kolam renang dan gym 24 jam membuatkan aku dan kak ira berendam kaki pada pukul seawal 2 pagi sambil berborak riang. Kemudahan 'e-hailing' seperti Grab sangat mudah untuk ditempah kerana area tersebut tidak lagi asing bagi pemandu-pemandu disana. Terakhir sekali adalah 'interior design' yang sungguh mewah dengan pemilihan tona warna yang mahal dan elegan. Hanya RM370 untuk 2 malam penginapan tidak termasuk sarapan pagi.
top of page
bottom of page
Kommentare